Tuesday, April 1, 2008

pas

PAS Shah Alam 1

PAS mengadakan himpunan rakyat untuk kali pertama di Stadium Shah Alam pada malam tadi. Seperti ceramah-ceramah yang lain, suasananya semacam satu pesta kecil yang penuh mesra.

Gerai-gerai makanan and minuman dipenuhi orang. Dan pelbagai jenis ubat dijual dari yang buang angin mengikut cara tradisional (gambar) ke akar-akar yang boleh meyembuhi pelbagai penyakit.

Friday, March 21, 2008

EGM: Mahathir sokong Ku Li


Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong saranan tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah agar Umno menganjurkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya 8 Mac. "Saya dimaklumkan Tengku Razaleigh telah menulis surat kepada semua bahagian menggesa mereka meluluskan usul untuk menganjurkan EGM untuk membincangkan masalah-masalah melibatkan Melayu. Saya sokongan cadangan itu," katanya.Beliau bagaimanapun "tidak memihak" apabila Tengku Razaleigh ingin mencabar presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti diumumkan kelmarin.Ditanya kali kedua persoalan yang sama, bekas presiden Umno itu berkata: "Jika saya menyokongnya untuk jawatan presiden, calon-calon lain akan minta sokongan juga"."Soal memilih presiden baru sepatutnya dibincang selepas kita menyelesaikan masalah kita. Kerana mungkin juga calon lain berminat pada jawatan itu," katanya di sidang media di Carcosa Seri Negara selepas satu majlis pelancaran buku petang tadi."Lagi pun, untuk melayakkan bertanding presiden Umno, beliau (Tengku Razaleigh) memerlukan sokongan daripada 60 bahagian. Saya tidak fikir 60 bahagian berani menyokongnya."Tengku Razaleigh mengisytiharkan kesediaannya mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ahli parlimen Gua Musang gagal memperolehi sokongan pada 2004 walaupun menyatakan bertanding. Beliau hanya mendapat satu sokongan sahaja - daripada bahagiannya sendiri, Gua Musang.Dalam perkembangan di luar dugaan hari ini, naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong saranan Tengku Razaleigh dengan syarat "ia dijalankan mengikut perlembagaan parti" dan "tidak melemahkan Umno".Dr Mahathir, mengulas kebimbangan akan wujud perpecahan jika ada pertandingan seperti yang dialami pada 1987 dan 1999, berkata perkara itu tidak berbangkit sekarang. "Semasa yang presiden dan Perdana Menteri, Umno berpecah dua kali," akuinya. "Akibatnya, muncul Semangat 46 dan PKR. Walaupun mengalami perpecahan, Umno mampu bersatu semula dan ketika pilihanraya umum 2004, kita dalam keadaan padu. "BN menang 90 peratus kerusi dan itu bermakna pengundi tidak memilih PKR."Walaupun perpecahan tidak elok untuk parti, jelasnya, tetapi perbahasan terbuka itu penting."Malangnya, suasana kini tidak mengizinkan pertentangan idea atau perbincangan. Ahli-ahli sekarang takut bersuara, bimbang hilang kedudukan dalam kerajaan, bahagian dan malah cawangan." Halangan bersuara itu, tambahnya, bukanlah cara Umno."Sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), Umno sentiasa mewujudkan budaya berbeza pandangan. Ketika presiden pertama Datuk Onn (Jaafar) mahu menjadikan Umno parti berbilang kaum, ahli-ahli membantah. Dan beliau menarik diri. "Dan ketika saya membuat masalah pada Tunku, beliau menarik diri dan Umno kekal bersatu." Jadi akibat ruang bersuara yang terbatas, ramai anggota Umno menyokong pembangkang sebagai melahirkan bantahan, katanya."Ia bukan bermakna mereka menyokong pembangkang, tetapi kerana mereka menentang pucuk pimpinan," kata Dr Mahathir lagi.Untuk menghalang gejala ini, beliau mengesyorkan ditubuhkan satu jawatankuasa peringkat presiden untuk mengawal pemimpin nombor satu itu. Kalau tidak, terlalu banyak kuasa di tangan seorang pemimpin, hujahnya.Bekas negarawan itu turut bersetuju dengan idea menghadkan jawatan presiden Umno. Tetapi, tambahnya, peralihan itu tidak bererti bapa mertua menyerahkan jawatannya kepada menantu sendiri - dengan jelas merujuk hubungan Abdullah dengan Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda Umno.Mengulas ura-ura PKR membeli wakil-wakil BN, beliau berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan sama ada kerajaan atau pembangkang melakukan hal yang sama."Kedua-dua pihak cuba membeli. Itulah cara yang sangat demokratik. RM10 juta harganya," katanya. "Bayangkan, jika anda seorang Yang Berhormat dan anda memiliki RM10 juta. Memang sangat demokratik."Mahathir sebelumnya melancarkan buku kedua bekas pengerusi Malaysian Airports Holdings Bhd, allahyarham Basir Ismail, Management - Astray

Lagi wakil BN keluar parti?


Selepas tersebar berita ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama. Datuk Dr Tiki Lafe, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak dilantik semula menganggotai kabinet seperti diumumkan Selasa.Bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu kini bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau bakal meninggalkan BN.Beliau dipandang tinggi dan berpengaruh luas apabila berjaya menang di lubuk pembangkang itu dengan menewaskan Dr Patau Rubis, seorang lagi ahli politik berpengaruh, pada 1999 dan 2004.Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu. Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu. Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar negara. Semalam ahli parlimen Serian, Richard Riot, dilaporkan telah keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti komponen BN, bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri.Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam bagaimanapun menafikannya dengan menyatakan parti itu belum menerima surat Richard.Sebelum itu Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.Dalam perkembangan berkaitan, Richard hari ini dikatakan tidak jadi melepaskan jawatan. Dalam satu kenyataan terkini, SUPP berkata ahli parlimen itu telah menghubungi Chan dan melahirkan rasa kesal berhubung laporan akhbar yang menyatakan beliau telah meninggalkan parti itu. Kenyataan itu dikeluarkan ketua publisiti parti itu Alfred Yap. Richard sendiri masih berdiam diri. Beberapa percubaan Malaysiakini menghubunginya gagal.Sementara itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berbincang dengan wakil-wakil BN di Semenanjung termasuk Perak, bukan hanya dari Sabah dan Sarawak, berhubung kemungkinan perpindahan mereka kepada parti-parti pembangkang. Menurut satu laporan, Anwar berkata bukan tradisi partinya membeli wakil-wakil rakyat tetapi "ia menjadi amalan Umno dan BN". Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hormat ke pejabat Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini. Turut hadir, lapor laman web New Straits Times, presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presidennya Dr Lee Boon Chye.

Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’ untuk UMNO

Mar 21, 2008

mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.Beliau masih lagi emnegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau member tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘merdehaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka.Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO. Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlid Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekerina Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”
Labels:
Picked by no2umno

Tuesday, January 8, 2008

Logikkah pengeluar utama minyak sawit dunia catu bekalan domestik?

Logikkah pengeluar utama minyak sawit dunia catu bekalan domestik?

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius isu kekurangan minyak masak kelapa sawit khususnya dalam paket 1 kilogram di beberapa buah negeri.

Malaysia, negara yang merupakan antara pengeluar utama minyak sawit dunia seharusnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan di dalam negara. Jangkaan penghasilan minyak sawit Malaysia ialah sebanyak 16.5 juta tan bagi tahun 2007.

Saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) supaya pembelian minyak masak dihadkan maksimum 5 kilogram pada sesuatu masa dilihat sebagai jalan mudah bagi kementerian untuk menutup kelemahan mereka dalam menangani isu tersebut.

Sewajarnya pihak kementerian telah mempunyai pelan tindakan kecemasan bagi menangani isu-isu kekurangan barang kawalan. Antaranya mempunyai stok simpanan bagi kegunaan kecemasan di dalam negara, mempunyai kemampuan untuk meningkatkan pengeluaran dengan kadar segera dan lain-lain lagi.

Alasan Menteri KPDN & HEP, Dato' Mohd Shafie Apdal bahawa kekurangan bekalan minyak masak adalah disebabkan oleh sorokan, penyeludupan dan perkembangan pesat sektor Industri kecil & Sederhana (IKS) jelas menunjukkan sikap berdolak dalih beliau.

Sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat, beliau seharusnya peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Sepatutnya dengan 16.5 juta tan keluaran minyak sawit di negara ini, isu ini dapat diatasi tanpa perlu dihadkan pembeliannya kepada pengguna.

Isu ini sebenarnya adalah ulangan daripada isu yang terjadi pada pertengahan tahun lalu yang mana diselesaikan dengan pemberian subsidi kepada 32 pengilang dan 300 syarikat pembungkus.

AMK bimbang masalah yang sama berulang, iaitu berpunca daripada tekanan pengilang dan pembungkus untuk menaikkan harga, atau diberi pampasan tambahan daripada kerajaan berikutan harga minyak sawit dunia kini mencecah RM 2900 satu tan berbanding RM 1930 satu tan pada pertengahan tahun lepas.

Namun begitu, AMK hairan bagaimana minyak masak jagung dan bunga matahari masih boleh mudah didapati di seluruh negara pengeluar utama minyak kelapa sawit sedangkan kadar pengeluaran dunianya adalah lebih rendah dari kadar pengeluaran minyak sawit Malaysia.

Justeru AMK menggesa KPDN & HEP supaya bertegas untuk tidak menaikkan harga minyak masak kelapa sawit di Malaysia kerana ianya akan membebankan para pengguna di Malaysia. Kenaikan harga minyak masak adalah salah satu penyumbang kepada kenaikan harga makanan di negara ini, yang sudah mengalami berkali-kali kenaikan pada tahun lepas akibat kenaikan harga tepung, petrol, tol dan lain-lain lagi

Adakah Ini Hasutan?

Adakah Ini Hasutan?
07 January 2008


Akhbar hari ini menyebut Lapan edar risalah hasutan ditahan. Itu petikan dari Utusan Malaysia online. Pada mulanya aku tertanya-tanya apakah risalah yang dikatakan berbaur hasutan itu?. Aku yang turut sempat berada di perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu untuk Solat Hajat langsung tidak menjumpai risalah yang dimaksudkan. Akhirnya aku jumpai isi risalah berkenaan di BuletinOnline.

Aku baca risalah berkenaan beberapa kali bagi mencari maksud "menghasut" yang dimaksudkan. Pada aku, risalah terbabit bersifat menyokong dan bersetuju dengan perhimpunan menyokong Suwandi dan Azman, bukan mengajak orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ini aku kira suatu yang jelas dinyatakan dalam risalah terbabit. Apatah lagi himpunan yang didakan itu aku kira tidak menjadi satu kesalahan mengikut perlembagaan. Apatahlagi, polis langsung tidak melarang perhimpunan yang diadakan di hadapan mahkamah terbabit. Malahan aku kira Polis memberi kerjasama yang baik dalam perhimpunan terbabit.

Polis menyediakan ruang khusus untuk peserta berhimpun. Tidakkah ini menunjukkan perhimpunan itu dibenarkan?

Aku juga hairan bilamana polis menahan mereka atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Setahu aku, risalah atau sebarang sebaran yang tidak berkala tidak terikat dengan akta ini. Bahkan, PRIHATIN yang mengeluarkan risalah berkenaan telah menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan turut memasukkan nama pertubuhan terbabit yang terlibat dalam mengeluarkan risalah sokongan tersebut. Ini jauh berbeza dengan DVD lakonan Dr Chua Soi Lek yang tidak menunjukkan siapa yang menerbitkan DVD panas terbabit.

Aku juga terasa hairan bilamana pihak polis menyatakan kekesalan terhadap remaja terbabit yang ditahan seolah-olah pembangkang mempergunakan mereka. Jika benar remaja terbabit ahli parti pembangkang, aku rasa itu suatu tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Aku difahamkan penyertaan untuk memasuki mana-mana parti politik tiada had umur walaupun umur 21 tahun merupakan umur layak membuang undi. AKu kira remaja terbabit lebih bertanggungjawab dan punya sivik yang tinggi berbanding remaja-remaja Punk Hadhari.

Ini aku lampirkan risalah yang aku ambil dari buletinOnline:

MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DI PERKARANGAN KOMPLEKS MAHKAMAH

KUALA TERENGGANU

PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU dengan ini menyokong Perhimpunan AMAN yang diadakan pada hari ini, 6 Januari 2008 sebagai perpaduan bersama-sama 20 orang rakyat Terengganu yang telah dizalimi, terutamanya kepada saudara Suwandi bin Abdul Ghani (38) dan Muhammad Azman bin Aziz (21);

  1. Suwandi dan Azman telah ditembak oleh seorang anggota Polis berpakaian biasa, Wan Aziz Wan Omar (RF 143706) PADA 8 SEPTEMBER 2007 lalu. Tembakan itu menyebabkan mereka cedera parah dan hampir hilang nyawa. Bagaimanapun, Suwandi dan Azman telah dituduh cuba menyerang polis berkenaan. Sedangkan mereka berdua dalam keadaan tangan kosong semasa kejadian.

  1. Walaupun Mahkamah masih belum memutuskan Saudara Suwandi dan Azman bersalah, namun Peguam Negara, Abdul Gani Patail bertegas tidak membenarkan mereka berdua diikat jamin. Kesannya, kini mereka berdua dipenjarakan sementara menunggu kes mereka dibicarakan yang tidak diketahui bila akan berakhir.

  1. Asas penahanan mereka ialah Seksyen 27 (5) Akta Polis iaitu Perhimpunan Haram. Seksyen ini telah lapuk dan tidak relevan kerana menafikan hak berhimpun secara total dan bertentangan secara prinsipnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang ini bersifat menghalang perhimpunan aman rakyat. Sedangkan Pihak Polis sepatutnya cuma mengawal perhimpunan. Inilah yang ditegaskan oleh SUHAKAM di dalam Laporan Inkuiri Demonstrasi Anti Kenaikan Harga Barang di KLCC.

  1. Memetik kenyataan Peguam Suwandi dan Azman, bahawa pemenjaraan ini adalah suatu pengalaman dan tekanan kepada mereka berdua kerana ditempatkan bersama penjenayah berat, pesakit AIDS dan HIV. Sedangkan mereka belum dibuktikan bersalah. Ini akan menjadi satu precedent (kes-kes duluan yang diikuti oleh mahkamah) yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Malaysia. Sekiranya Mahkamah Tinggi tidak membebaskan mereka ketika semakan kehakiman yang akan berlangsung pada hari ini (6 Januari 2008), maka penahanan tanpa bicara (tidak dibenarkan jamin) akan menjadi suatu perkara yang lazim di Malaysia.
  2. Paling mengecewakan, Polis yang melepaskan 4 das tembakan berkenaan tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak polis dan peguam negara. Seolah-olah, tembakan dengan peluru hidup oleh polis terhadap dua orang awam berkenaan adalah betul.

  1. Pada masa yang sama, 31 orang yang menganggotai perhimpunan HINDRAF telah digugurkan pertuduhan cuba membunuh polis dan dibenarkan ikat jamin walaupun pertuduhan yang dikenakan atas mereka lebih berat daripada tuduhan ke atas Azman dan Suwandi. Kenyataan peguan Negara dalam kes HINDRAF yang menyatakan beliau tidak pasti siapakah yang melemparkan batu kepada polis selepas pertuduhan dikenakan ke atas 31 orang yang terbabit adalah memalukan dan mendedahkan kepada umum bahawa pertuduhan boleh dikenakan dan digugurkan atas motif politik dan bukannya atas asas undang-undang. Kerana pertuduhan tidak boleh dikenakan melainkan pihak pendakwa pasti dan mempunyai bukti siapakah yang melakukannya.

  1. Ini adalah suatu kezaliman, kerana menurut Islam bahkan menurut Undang-undang Sivil sekalipun. Iaitu prinsipnya adalah seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah dan pihak yang mendakwalah yang perlu membuktikannya. Inilah juga prinsip yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi dipersendakan oleh Kerajaan BN yang mengamalkan undang-undang rimba.

Untuk itu, PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU mempertegaskan sokongan kami terhadap Saudara Suwandi, Azman dan 18 orang yang lain yang turut didakwa dalam insiden yang sama. Kami menuntut supaya mahkamah berlaku adil tanpa sebarang campurtangan politik dan menimbang untuk membebaskan Suwandi dan Azman kerana mereka tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Penahanan mereka adalah suatu hukuman sebelum mahkamah menjatuhkan hukumannya dan juga merupakan suatu kezaliman. Tujuan perhimpunan ini juga bagi menuntut keadilan agar pihak berkuasa tidak bertindak sewenang-wenangnya ke atas orang awam.(ehsan amdang)








0