Friday, March 21, 2008

EGM: Mahathir sokong Ku Li


Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong saranan tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah agar Umno menganjurkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya 8 Mac. "Saya dimaklumkan Tengku Razaleigh telah menulis surat kepada semua bahagian menggesa mereka meluluskan usul untuk menganjurkan EGM untuk membincangkan masalah-masalah melibatkan Melayu. Saya sokongan cadangan itu," katanya.Beliau bagaimanapun "tidak memihak" apabila Tengku Razaleigh ingin mencabar presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti diumumkan kelmarin.Ditanya kali kedua persoalan yang sama, bekas presiden Umno itu berkata: "Jika saya menyokongnya untuk jawatan presiden, calon-calon lain akan minta sokongan juga"."Soal memilih presiden baru sepatutnya dibincang selepas kita menyelesaikan masalah kita. Kerana mungkin juga calon lain berminat pada jawatan itu," katanya di sidang media di Carcosa Seri Negara selepas satu majlis pelancaran buku petang tadi."Lagi pun, untuk melayakkan bertanding presiden Umno, beliau (Tengku Razaleigh) memerlukan sokongan daripada 60 bahagian. Saya tidak fikir 60 bahagian berani menyokongnya."Tengku Razaleigh mengisytiharkan kesediaannya mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Ahli parlimen Gua Musang gagal memperolehi sokongan pada 2004 walaupun menyatakan bertanding. Beliau hanya mendapat satu sokongan sahaja - daripada bahagiannya sendiri, Gua Musang.Dalam perkembangan di luar dugaan hari ini, naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong saranan Tengku Razaleigh dengan syarat "ia dijalankan mengikut perlembagaan parti" dan "tidak melemahkan Umno".Dr Mahathir, mengulas kebimbangan akan wujud perpecahan jika ada pertandingan seperti yang dialami pada 1987 dan 1999, berkata perkara itu tidak berbangkit sekarang. "Semasa yang presiden dan Perdana Menteri, Umno berpecah dua kali," akuinya. "Akibatnya, muncul Semangat 46 dan PKR. Walaupun mengalami perpecahan, Umno mampu bersatu semula dan ketika pilihanraya umum 2004, kita dalam keadaan padu. "BN menang 90 peratus kerusi dan itu bermakna pengundi tidak memilih PKR."Walaupun perpecahan tidak elok untuk parti, jelasnya, tetapi perbahasan terbuka itu penting."Malangnya, suasana kini tidak mengizinkan pertentangan idea atau perbincangan. Ahli-ahli sekarang takut bersuara, bimbang hilang kedudukan dalam kerajaan, bahagian dan malah cawangan." Halangan bersuara itu, tambahnya, bukanlah cara Umno."Sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), Umno sentiasa mewujudkan budaya berbeza pandangan. Ketika presiden pertama Datuk Onn (Jaafar) mahu menjadikan Umno parti berbilang kaum, ahli-ahli membantah. Dan beliau menarik diri. "Dan ketika saya membuat masalah pada Tunku, beliau menarik diri dan Umno kekal bersatu." Jadi akibat ruang bersuara yang terbatas, ramai anggota Umno menyokong pembangkang sebagai melahirkan bantahan, katanya."Ia bukan bermakna mereka menyokong pembangkang, tetapi kerana mereka menentang pucuk pimpinan," kata Dr Mahathir lagi.Untuk menghalang gejala ini, beliau mengesyorkan ditubuhkan satu jawatankuasa peringkat presiden untuk mengawal pemimpin nombor satu itu. Kalau tidak, terlalu banyak kuasa di tangan seorang pemimpin, hujahnya.Bekas negarawan itu turut bersetuju dengan idea menghadkan jawatan presiden Umno. Tetapi, tambahnya, peralihan itu tidak bererti bapa mertua menyerahkan jawatannya kepada menantu sendiri - dengan jelas merujuk hubungan Abdullah dengan Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda Umno.Mengulas ura-ura PKR membeli wakil-wakil BN, beliau berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan sama ada kerajaan atau pembangkang melakukan hal yang sama."Kedua-dua pihak cuba membeli. Itulah cara yang sangat demokratik. RM10 juta harganya," katanya. "Bayangkan, jika anda seorang Yang Berhormat dan anda memiliki RM10 juta. Memang sangat demokratik."Mahathir sebelumnya melancarkan buku kedua bekas pengerusi Malaysian Airports Holdings Bhd, allahyarham Basir Ismail, Management - Astray

Lagi wakil BN keluar parti?


Selepas tersebar berita ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama. Datuk Dr Tiki Lafe, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak dilantik semula menganggotai kabinet seperti diumumkan Selasa.Bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu kini bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau bakal meninggalkan BN.Beliau dipandang tinggi dan berpengaruh luas apabila berjaya menang di lubuk pembangkang itu dengan menewaskan Dr Patau Rubis, seorang lagi ahli politik berpengaruh, pada 1999 dan 2004.Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu. Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu. Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar negara. Semalam ahli parlimen Serian, Richard Riot, dilaporkan telah keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti komponen BN, bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri.Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam bagaimanapun menafikannya dengan menyatakan parti itu belum menerima surat Richard.Sebelum itu Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.Dalam perkembangan berkaitan, Richard hari ini dikatakan tidak jadi melepaskan jawatan. Dalam satu kenyataan terkini, SUPP berkata ahli parlimen itu telah menghubungi Chan dan melahirkan rasa kesal berhubung laporan akhbar yang menyatakan beliau telah meninggalkan parti itu. Kenyataan itu dikeluarkan ketua publisiti parti itu Alfred Yap. Richard sendiri masih berdiam diri. Beberapa percubaan Malaysiakini menghubunginya gagal.Sementara itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berbincang dengan wakil-wakil BN di Semenanjung termasuk Perak, bukan hanya dari Sabah dan Sarawak, berhubung kemungkinan perpindahan mereka kepada parti-parti pembangkang. Menurut satu laporan, Anwar berkata bukan tradisi partinya membeli wakil-wakil rakyat tetapi "ia menjadi amalan Umno dan BN". Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan hormat ke pejabat Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini. Turut hadir, lapor laman web New Straits Times, presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail dan naib presidennya Dr Lee Boon Chye.

Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’ untuk UMNO

Mar 21, 2008

mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.Beliau masih lagi emnegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau member tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘merdehaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka.Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO. Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlid Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekerina Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”
Labels:
Picked by no2umno