
Friday, March 21, 2008
EGM: Mahathir sokong Ku Li

Lagi wakil BN keluar parti?

Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’ untuk UMNO
mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.Beliau masih lagi emnegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau member tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘merdehaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka.Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO. Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlid Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekerina Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”
Labels: Mahathir
Picked by no2umno
Tuesday, January 8, 2008
Logikkah pengeluar utama minyak sawit dunia catu bekalan domestik?
| | |
| Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius isu kekurangan minyak masak kelapa sawit khususnya dalam paket 1 kilogram di beberapa buah negeri. Malaysia, negara yang merupakan antara pengeluar utama minyak sawit dunia seharusnya tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan di dalam negara. Jangkaan penghasilan minyak sawit Malaysia ialah sebanyak 16.5 juta tan bagi tahun 2007. Saranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) supaya pembelian minyak masak dihadkan maksimum 5 kilogram pada sesuatu masa dilihat sebagai jalan mudah bagi kementerian untuk menutup kelemahan mereka dalam menangani isu tersebut. Sewajarnya pihak kementerian telah mempunyai pelan tindakan kecemasan bagi menangani isu-isu kekurangan barang kawalan. Antaranya mempunyai stok simpanan bagi kegunaan kecemasan di dalam negara, mempunyai kemampuan untuk meningkatkan pengeluaran dengan kadar segera dan lain-lain lagi. Alasan Menteri KPDN & HEP, Dato' Mohd Shafie Apdal bahawa kekurangan bekalan minyak masak adalah disebabkan oleh sorokan, penyeludupan dan perkembangan pesat sektor Industri kecil & Sederhana (IKS) jelas menunjukkan sikap berdolak dalih beliau. Sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat, beliau seharusnya peka dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Sepatutnya dengan 16.5 juta tan keluaran minyak sawit di negara ini, isu ini dapat diatasi tanpa perlu dihadkan pembeliannya kepada pengguna. Isu ini sebenarnya adalah ulangan daripada isu yang terjadi pada pertengahan tahun lalu yang mana diselesaikan dengan pemberian subsidi kepada 32 pengilang dan 300 syarikat pembungkus. AMK bimbang masalah yang sama berulang, iaitu berpunca daripada tekanan pengilang dan pembungkus untuk menaikkan harga, atau diberi pampasan tambahan daripada kerajaan berikutan harga minyak sawit dunia kini mencecah RM 2900 satu tan berbanding RM 1930 satu tan pada pertengahan tahun lepas. Namun begitu, AMK hairan bagaimana minyak masak jagung dan bunga matahari masih boleh mudah didapati di seluruh negara pengeluar utama minyak kelapa sawit sedangkan kadar pengeluaran dunianya adalah lebih rendah dari kadar pengeluaran minyak sawit Malaysia. Justeru AMK menggesa KPDN & HEP supaya bertegas untuk tidak menaikkan harga minyak masak kelapa sawit di Malaysia kerana ianya akan membebankan para pengguna di Malaysia. Kenaikan harga minyak masak adalah salah satu penyumbang kepada kenaikan harga makanan di negara ini, yang sudah mengalami berkali-kali kenaikan pada tahun lepas akibat kenaikan harga tepung, petrol, tol dan lain-lain lagi |
Adakah Ini Hasutan?
| Adakah Ini Hasutan? |
| 07 January 2008 |
![]() Akhbar hari ini menyebut Lapan edar risalah hasutan ditahan. Itu petikan dari Utusan Malaysia online. Pada mulanya aku tertanya-tanya apakah risalah yang dikatakan berbaur hasutan itu?. Aku yang turut sempat berada di perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu untuk Solat Hajat langsung tidak menjumpai risalah yang dimaksudkan. Akhirnya aku jumpai isi risalah berkenaan di BuletinOnline. Aku baca risalah berkenaan beberapa kali bagi mencari maksud "menghasut" yang dimaksudkan. Pada aku, risalah terbabit bersifat menyokong dan bersetuju dengan perhimpunan menyokong Suwandi dan Azman, bukan mengajak orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ini aku kira suatu yang jelas dinyatakan dalam risalah terbabit. Apatah lagi himpunan yang didakan itu aku kira tidak menjadi satu kesalahan mengikut perlembagaan. Apatahlagi, polis langsung tidak melarang perhimpunan yang diadakan di hadapan mahkamah terbabit. Malahan aku kira Polis memberi kerjasama yang baik dalam perhimpunan terbabit. Aku juga hairan bilamana polis menahan mereka atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Setahu aku, risalah atau sebarang sebaran yang tidak berkala tidak terikat dengan akta ini. Bahkan, PRIHATIN yang mengeluarkan risalah berkenaan telah menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan turut memasukkan nama pertubuhan terbabit yang terlibat dalam mengeluarkan risalah sokongan tersebut. Ini jauh berbeza dengan DVD lakonan Dr Chua Soi Lek yang tidak menunjukkan siapa yang menerbitkan DVD panas terbabit. Aku juga terasa hairan bilamana pihak polis menyatakan kekesalan terhadap remaja terbabit yang ditahan seolah-olah pembangkang mempergunakan mereka. Jika benar remaja terbabit ahli parti pembangkang, aku rasa itu suatu tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Aku difahamkan penyertaan untuk memasuki mana-mana parti politik tiada had umur walaupun umur 21 tahun merupakan umur layak membuang undi. AKu kira remaja terbabit lebih bertanggungjawab dan punya sivik yang tinggi berbanding remaja-remaja Punk Hadhari. Ini aku lampirkan risalah yang aku ambil dari buletinOnline: MENYOKONG PERHIMPUNAN AMAN DI PERKARANGAN KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA TERENGGANU
Untuk itu, PRIHATIN RAKYAT TERENGGANU mempertegaskan sokongan kami terhadap Saudara Suwandi, Azman dan 18 orang yang lain yang turut didakwa dalam insiden yang sama. Kami menuntut supaya mahkamah berlaku adil tanpa sebarang campurtangan politik dan menimbang untuk membebaskan Suwandi dan Azman kerana mereka tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah. Penahanan mereka adalah suatu hukuman sebelum mahkamah menjatuhkan hukumannya dan juga merupakan suatu kezaliman. Tujuan perhimpunan ini juga bagi menuntut keadilan agar pihak berkuasa tidak bertindak sewenang-wenangnya ke atas orang awam.(ehsan amdang) 0 |
